technology

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus leo ante, consectetur sit amet vulputate vel, dapibus sit amet lectus. Etiam varius dui eget lorem elementum eget mattis sapien interdum. In hac habitasse platea dictumst.

business

‘Myhijabie’ Sasar Kilang Anak Patung Sendiri


RAWANG, 22 Mac — Selepas mencetuskan kelainan menggayakan fesyen muslimah terhadap patung ‘Barbie’, seorang suri rumah berhasrat mencipta patung keluarannya sendiri.

Bermula dengan bisnes kecil, pengasas patung Hijabie, Siti Sumarni Suhaimi, 32 melihat pembuatan patung mempunyai potensi besar dalam pasaran negara.

“Saya bercadang untuk hasilkan patung ‘Barbie’ versi saya sendiri. Sudah tinjau di China dan masih lagi dalam rancangan.

“Tapi apabila ada ciptaan patung sendiri saya kena pastikan kualitinya seperti ‘Barbie’,” kata Siti dalam wawancara bersama ProjekMMO.

“Saya akan pilih muka patung yang berbilang kaum untuk mengetengahkan etnik-etnik di Asia. Kita kena cari peluang untuk hasilkan patung sendiri,” katanya yang mensasarkan memiliki rekaan patung sendiri beberapa tahun lagi.

Aktif berniaga dalam Instagram Myhijabie sejak 2015, set patung berjubah dan berbaju kurung moden rekaannya diminati pelanggan dalam dan luar negara.



Malah, koleksi yang terjual 50 set setiap bulan ini bakal menghasilkan rekaan baju tradisional kaum lain seperti cheongsam dan sari.

“Saya masih lagi di peringkat eksperimen untuk menghasilkan baju cheongsam, sari dan kebaya. Ambil masa untuk mendapat asas jahitan.

“Buat baju [patung] ini renyah (rumit). Dulu saya dan emak banyak buat uji kaji. Macam-macam cara kami buat untuk dapatkan sesuatu baju,” kata Siti yang mewarisi bakat menjahit daripada ibunya.

Ibu anak dua kelahiran Kuala Lumpur ini juga berhasrat mencari tukang jahit di kalangan ibu tunggal dan suri rumah untuk membantu mereka menjana pendapatan.
Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

Tiada ulasan :


three columns

cars

grids

health