technology

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus leo ante, consectetur sit amet vulputate vel, dapibus sit amet lectus. Etiam varius dui eget lorem elementum eget mattis sapien interdum. In hac habitasse platea dictumst.

business

Tiada LGBT, Power Rangers lulus tanpa sunting

PUTRAJAYA, 22 Mac — Lembaga Penapis Filem (LPF) hari ini meluluskan tayangan filem Power Rangers arahan Dean Israelite dan memberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), filem yang memaparkan jalan cerita lima orang rakan yang memperoleh kuasa luar biasa dan bergabung tenaga untuk mempertahankan bumi dengan kuasa luar biasa itu diluluskan tanpa adegan yang perlu dipotong.

“Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut, LPF mendapati tiada sebarang isu berkaitan ‘Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender Queer (LGBTQ)’.

Keputusan kelulusan ini telah disampaikan kepada pengedar pada hari ini,” kata KDN dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Klasifikasi P13 bermakna penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

Filem itu juga mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspens dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.Sementara itu, KDN juga menjelaskan bahawa tiada isu kelewatan keputusan penapisan filem Power Rangers.

Menurut KDN, filem tersebut telah dikemukakan kepada LPF untuk penapisan pada 16 Mac lalu dan LPF telah melaksanakan penapisan filem tersebut dalam

tempoh empat hari bekerja, di mana ia memenuhi tempoh piagam pelanggan yang ditetapkan iaitu lima hari bekerja.

“Tindakan syarikat untuk menangguhkan penjualan tiket tiada kaitan dengan LPF,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa filem Power Rangers yang dijadual ditayangkan di Malaysia mulai esok dikatakan ditangguh sementara untuk pertimbangan LPF selepas dikatakan mempunyai unsur LGBTQ.

Sementara itu, Goldern Screen Cinemas dalam Twitter mengumumkan “Power Rangers is back online! You can buy your ticket now”. — Bernama

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tiada-lgbt-power-rangers-lulus-tanpa-sunting#sthash.9aEUlwAx.dpuf
Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

Tiada ulasan :


three columns

cars

grids

health